Kejohanan Catur Peringkat Negeri

Seramai 8 orang murid Sekolah Kebangsaan Desa Pandan telah terpilih mewakili Zon Pudu ke Kejohanan Catur Peringkat Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur. Butiran kejohanan adalah seperti berikut:

Tarikh         :   18-22 Jun 2016
Tempat      :   Sekolah Kebangsaan Air Panas

Melalui kejohanan ini, kesemua wakil zon ini telah berjaya mencipta kedudukan yang lebih baik dalam dunia catur. Pihak sekolah amat mengalu-alukan penyertaan murid-murid dalam apa juga penglibatan kokurikulum yang memberikan manfaat kepada mereka.

Tahniah diucapkan kepada Razin (4 Intelek) yang berjaya menduduki kedudukan 15 daripada 48 peserta, Marrakeesh (4 Dinamik) yg menduduki kedudukan 43 daripada 48 peserta bagi kategori Bawah 10 Tahun (L). Damascus (5 Intelek) menduduki tempat ke 38 daripada 52 peserta bawah kategori 12 Tahun (L) .

Tahniah juga kepada adik Shafiqah (2 Dinamik) yang menduduki tangga ke-43 daripada 49 peserta bagi kategori Bawah 10 Tahun (P). Begitu juga dgn pasukan perempuan bawah 12 yg menduduki tangga ke 15 daripada 20 pasukan terbaik negeri. Anda telah mencuba yg terbaik. Syabas.

Untuk kejohanan tahun hadapan, kita cuba lagi untuk memperbaiki kedudukan di peringkat negeri. Tahniah kepada Cik Munirah yang berusaha keras melatih kesemua peserta serta membawa mereka mengikuti latihan di Polgar Chess Asia. 👍👏👍👍Terima kasih sekali lagi. – Cik Siti Arpah Md Said

Sekiranya anak-anak tuan/puan berminat untuk melibatkan diri dalam permainan catur, bolehlah menghubungi Tuan Collin Madhavan melalui talian +60162123578 atau emel geodat@yahoo.com.

Kredit gambar: http://i.telegraph.co.uk/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *