Bengkel PIE, CHENDOL dan FrogPlay – FrogVLE

8 Julai – Bengkel Pembelajaran FrogVLE menggunakan modul PIE (Participation, Interaction, Engagement) dan CHENDOL (Critical Thinking, HOTS, Engagement and Discussion through Online Learning) telah diadakan di Based Cyberlab SK Desa Pandan untuk memberikan pendedahan dan perkongsian terbaru tentang kemaskini terbaru yang terdapat dalam laman pembelajaran FrogVLE.

Perkongsian ini dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator dalaman, iaitu:-

  1. En. Muhammad Safwan bin Haron
  2. Cik Nur Idayu binti Mat Jusoff
  3. En. Hail Rizal bin Rawi
  4. Puan Najat Aisyah binti Ab Wahid

Pada akhir bengkel ini, semua peserta telah berjaya menghasilkan satu laman pembelajaran dengan penerapan elemen dan widget berkonsep interaktif. Guru-guru yang memerlukan bahan rujukan, boleh mendapatkan nota melalui pautan berikut:

PIE: Nota Participation, Interaction, Engagement
CHENDOL: Nota Critical Thinking, HOTS, Engagement and Discussion through Online Learning

 

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *