Kejohanan Catur Peringkat Negeri 2017

SK Desa Pandan sekali lagi berjaya ke Kejohanan Catur Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2017. Seramai 4 orang murid telah mewakili Zon Pudu dalam kategori Berpasukan Lelaki dan kategori Individu Lelaki bawah 12 Tahun. Pasukan Catur ini diuruskan oleh Cik Munira binti Mohammad dan dibimbing oleh jurulatih dari pihak ibu bapa. Butiran kejohanan adalah seperti berikut :

Tarikh          : 17 sehingga 21 Julai 2017
Tempat        : Sekolah Kebangsaan Air Panas
Penganjur   : JPWP Kuala Lumpur

Tahniah kepada pasukan catur lelaki SK Desa Pandan kerana berjaya menduduki tempat ke 5 daripada 24 pasukan terbaik negeri yang bertanding bagi kategori Berpasukan Lelaki. Pasukan catur lelaki SKDP di wakili oleh adik Razin Ahza bin Rohaimi (5 Intelek), adik Damascus bin Rostam Zulkhairi (6 Intelek), adik Muhammad Nadzhif Safariz bin Ramlan (6 Intelek) dan adik Ahmad Azamuddin bin Nor Azlan Shah (6 Dinamik).

Tahniah juga kepada adik Damascus bin Rostam Zulkhairi (6 Intelek) kerana berjaya mencapai kedudukan ke 11 daripada 50 peserta yang bertanding dalam kategori individu bawah 12 Tahun. Damascus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan mengatasi pencapaiannya pada tahun 2016 di mana ketika itu beliau mendapat kedudukan ke 38. Tahniah sekali lagi.

“Pada tahun ini pasukan catur SKDP semakin menyerlah dan berjaya menempatkan nama SKDP sebaris dengan nama sekolah-sekolah lain yang selama ini mengungguli kedudukan 14 terbaik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kejayaan pasukan lelaki bawah 12 tahun menempatkan diri dikedudukan 5 pasukan terbaik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur amat membanggakan.

Kejayaan Damascus yang berjaya berada di kedudukan 11 terbaik Wilayah turut membanggakan sekolah dan juga pasukan Zon Pudu. Semoga kejayaan yang dicapai akan menjadikan pasukan Catur Sk Desa Pandan sebagai salah satu pasukan terbaik di Kuala Lumpur”.– GPK Kokurikulum SKDP, Cik Siti Arpah bt Md Said

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *