Kelas Catur – KL Chess Academy

Berita baik buat para peminat Sukan Catur di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan. Pengambilan peserta bagi mengikuti kelas catur di bawah kelolaan KL Chess Academy di buka lagi.

SK Desa Pandan mula  menjadi pusat pembelajaran catur sejak Ogos 2016. Sehingga kini terdapat 15 orang murid yang mengikuti kelas secara komited setiap minggu. Penganjuran kelas catur ini bertujuan memberi peluang kepada murid untuk mendapat latihan bermodul dari tenaga pengajar professional, sebagai persediaan untuk menyertai Kejohanan Catur MSSM.

Selain itu, Catur merupakan satu sukan yang wajar dipelajari oleh semua memandangkan ia mampu meningkatkan fungsi minda. Penyertaan Kelas Catur ini terbuka kepada semua murid tahun 1 hingga tahun 6 dengan yuran bulanan sebanyak RM 72.00. Butiran kelas adalah seperti berikut :

Hari                : Setiap Khamis (kecuali cuti umum/cuti sekolah)
Masa              : 2.30 – 4.00 petang
Tempat          : 2 Intelek
Pakaian         : Bebas dan sopan

Murid yang berminat mengikuti kelas ini boleh memuat turun dan mengisi borang penyertaan yang terdapat pada pautan di bawah. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan guru penyelaras, Cik Munira bt Mohamad

Borang penyertaan kelas catur
Profil Korporat KL Chess Academy
Rujukan Senarai Sekolah Di bawah Kelolaan KL Chess Academy

 

 

 

 

 

 

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *