Penarafan Pembestarian Sekolah – SSQS 2017

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 15 Julai hingga 30 Ogos 2017 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia.

Penarafan ini  boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

http://best.moe.edu.my/

Seramai 30 orang murid, 30 guru, GPB, GPM dan pentadbir terlibat dalam soal selidik ini. Senarai nama yang terlibat akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat. Token juga boleh didapati melalui Guru Penyelaras Bestari, En Muhammad Safwan bin Haron.

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *