Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan

Pada 19 September 2017, Sekolah Kebangsaan Desa Pandan telah mengadakan Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan di Dewan Seri Budiman. Semua murid dan guru terlibat dalam majlis ini. Terdapat pelbagai pertandingan yang diadakan sepanjang berlangsungnya Sambutan Bulan Kebangsaan ini. Kemuncaknya ialah saat tibanya sesi penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan yang telah diadakan. Semua peserta berasa teruja dan berdebar-debar menantikan keputusannya.

Setelah selesai nyanyian lagu patriotik, ucapan penutupan rasmi telah disampaikan oleh Puan Maheran binti Abd Halim selaku Guru Besar SK Desa Pandan. Diharapkan agar program seumpama ini dapat membentuk semangat jati diri dan patriotik dalam diri murid-murid dan warga sekolah.

Laporan disediakan oleh,
Ashraf Aiman bin Rizuan

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *