Kursus dan Ujian Lencana Wajib Penunggang Basikal Pengakap Kanak-Kanak WPKL 2018

Pengakap Kanak-Kanak Kumpulan 26 Daerah Titiwangsa dengan kerjasama pemimpin-pemimpin pengakap kanak-kanak Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Kursus dan Ujian Lencana Wajib Penunggang Basikal Peringkat Negeri. Kumpulan Pengakap SK Desa Pandan tidak terkecuali menonjolkan bakat ahli dan juga mengiktiraf kemahiran mereka.

Tarikh             :  14 April 2018
Tempat           :  Sekolah Kebangsaan Taman Maluri
Pemimpin       : Cik Nur Idayu binti Mat Jusoff
                         Puan Syuhailin binti Shahuddin
                         Cik Norhada binti Hamidon

Seramai 83 ahli pengakap daripada seluruh wilayah Kuala Lumpur dengan kekuatan 20 orang pemimpin telah terlibat dalam program ini. Kesemua 11 orang ahli Pengakap Kanank-Kanak SK Desa Pandan telah berjaya dan lulus dalam ujian teori dan praktikal berbasikal. Ahli yang dimaksudkan ialah:

  1. Muhammad Ashraf Aiman Bin Rizuan
  2. Umar Irfan Bin Mohamad Shukri
  3. Muhammad Safwan Haziq Bin Abdul Halim
  4. Muhammad Fahim Bin Md Faisal
  5. Ariel Danial Bin Zainal Azman
  6. Ahmad Darwish Hakim Bin Ahmad Junaidi
  7. Airil Bin Abdul Razak
  8. Syed Muhammad Danish Bin Syed Mohammad Ekhzubir
  9. Muhammad Adam Iqman Bin Ali Osman
  10. Muhammad Danial Firdaus Bin Mohd Farid
  11. Muhammad Nadhif Bin Mohd Nasir

Keseluruhan program sangat memberikan impak positif kepada semua peserta. Ahli-ahli dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti berlangsung.  Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan sepanjang latihan dan ujian. Semoga ahli terus diberi peluang untuk menyertai program luar sama ada anjuran sekolah lain, daerah, negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa.

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *