Pesta Pantun Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur

Pihak Sekolah Kebangsaan Desa Pandan komited dalam memperkembang potensi murid secara holistik. Satu pasukan pantun dengan kekuatan lima orang pemantun dan seorang jurulatih telah menyertai Pesta Pantun Peringkat Negeri WP Kuala Lumpur. Program seumpama seperti ini mampu meningkatkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi dalam diri setiap murid ke peringkat yang lebih tinggi. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh             :  18 April 2018 (Rabu)
Tempat           :  Sekolah Kebangsaan Seri Bonus
Jurulatih         : Puan Azizah binti Mohd Noor
Pengurus       : Puan Aslinda binti Abdul Razak

Pasukan pantun sekolah berjaya mara ke peringkat suku akhir dan bertemu pasukan Sekolah Kebangsaan Jalan Peel. Keputusan tidak berpihak kepada pasukan sekolah, namun semangat para pemantun tidak pernah pudar. Insha-Allah akan kembali beraksi dengan lebih cemerlang pada pertandingan akan datang.

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *