Latihan Kebakaran Bil. 1 / 2018 SK Desa Pandan

Latihan kebakaran di sekolah merupakan satu program yang wajib dilakukan di semua sekolah untuk menyalurkan informasi tentang cara menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran atau kes-kes kecemasan yang lain. Butiran program adalah seperti berikut:
 

Tarikh             :  19 April 2018 (Khamis)
Masa              :  11.15 pagi
Penyelaras     :  Puan Mahiza binti Che Sab

Latihan ini juga dilaksanakan untuk memberi pengalaman dan pengetahuan laluan dan tempat berkumpul yang selamat bagi murid-murid untuk menyelamatkan diri. Setelah loceng kebakaran dibunyikan, murid-murid dengan pantas perlu  beratur di hadapan kelas dan menutup pintu kelas sebelum beredar ke tempat selamat, guru semasa perlu mengambil kehadiran murid di tempat berkumpul dan memastikan bilangannya sama seperti yang tercatat dalam rekod kehadiran murid.

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *