Kejohanan Hoki Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Amanah Malaysia 2018

Pasukan Hoki Perempuan Sekolah Kebangsaan Desa Pandan telah menyertai Kejohanan Hoki 9’S Sebelah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Amanah Malaysia Kebangsaan 2018 di IKBN kemasik, kemaman.pada 3, 4 dan 5 Mei 2018.

Pasukan SK Desa Pandan dalam Kumpulan X bersama-sama Sekolah Convert Batu Pahat dan SK Kijal, SK Paka 3. Pasukan SKDP telah menjadi Naib Johan Kumpulan X. Pada peringkat separuh akhir, pasukan SK bertemu pasukan SK Sungai Dua dari Negeri Sembilan yang juga merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Pada peringkat separuh akhir pula, pasukan SKDP tewas 0-1. Keputusan akhir SKDP mendapat Ketiga bersama SK Convert Batu Pahat yang juga mewakili Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Satu Kejayaan yang membangga untuk pasukan pembangunan hoki SKDP pada tahun 2018. Syabas kepada semua ibu bapa dan pemain, tidak lupa pihak pentadbir dan rakan guru yang sentiasa menyokong pasukan hoki. Terima kasih juga kepada penganjur Sekolah Kebangsaan Telok Kalong dan PPD kemaman kerana menyediakan hadiah yang sangat menarik. Pasukan SKDP telah berjaya mendapat Tempat ke-3 serta membawa pulang medal, sijil dan wang tunai RM 300.

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *