Perkhemahan Kursus & Ujian Lencana Kemajuan Keris Gangsa Pengakap Kanak-Kanak

SYARAT PENGANUGERAHAN LENCANA KERIS GANGSA

  • Telah berdaftar sebagai ahli Persekutuan Pengakap Malaysia bagi tahun semasa.
  • Keahlian untuk tahun sebelumnya telah tamat pada 31 Mac tahun semasa.
  • Telah lulus Lencana Wajib (Penunggang Basikal @ Ahli Renang)

BUTIRAN PROGRAM

  • Tarikh : 27 hingga 29 Julai 2018
  • Tempat : SK Cochrane, Jalan Shahbandar, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur.
  • Bilangan Peserta : 100 orang
  • Sasaran : Kumpulan Pengakap Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Titiwangsa WP Kuala Lumpur

KESIHATAN
Peserta perlu disahkan sihat untuk menjalani semua ujian fizikal yang ditetapkan.

KEBENARAN BERTULIS
Telah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu/bapa/penjaga, pemimpin kumpulan, dan kuasa penganjur kumpulan/Guru Besar.

PEMIMPIN PENGIRING
Mempunyai sekurangnya seorang Pemimpin Pengakap sebagai pengiring bersama-sama sepanjang perkhemahan dijalankan (PPM Daerah Titiwangsa tidak akan bertanggungjawab di atas masalah kesihatan, dan juga JIKA berlaku sebarang kejadian yang tidak diduga ke atas seseorang ahli pengakap sepanjang perkhemahan ini sekiranya pemimpin tiada). Sekiranya ada peserta perempuan maka, diwajibkan sekurangnya seorang pemimpin perempuan.

BAYARAN PENYERTAAN PERKHEMAHAN

  • Bayaran Penyertaan Pemimpin: RM 50.00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA)
  • Bayaran Penyertaan Ahli PKK: RM 50 .00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH SAHAJA
  • Semua pembayaran adalah berbentuk tunai.

PERMOHONAN PENYERTAAN

  • Ahli yang berminat perlu mengembalikan borang penyertaan, selewat-lewatnya pada hari Jumaat (27 Julai 2018).
  • Permohonan penyertaan lewat, selepas pendaftaran tersebut tidak akan dilayan.
  • Borang penyertaan mesti melalui sekolah (Tiada penyertaan individu).

KERJA DI TAPAK
Semua kerja di tapak perkhemahan MESTI DIHENTIKAN pada pukul 11.30 malam. Peserta dilarang sama sekali berbuat bising selepas jam 12.00 tengah malam.

KEBERSIHAN /KHEMAH
Peserta mestilah menjaga kebersihan kawasan perkhemahan pada setiap masa. Pihak penganjur TIDAK MENYEDIAKAN KHEMAH untuk peserta.

SISA MAKANAN
Peserta dilarang membuang sisa makanan ke dalam longkang dan singki.

SAMPAH
Sila jaga kebersihan kawasan perkhemahan.

MAKANAN & MINUMAN
Makanan dan minuman sepanjang perkhemahan disediakan pihak penganjur perkhemahan.

  • Jumaat: Makan Malam
  • Sabtu: Sarapan / Tengah hari / Malam
  • Ahad: Sarapan

Makanan tidak halal adalah tidak dibenarkan dibawa sama sekali.

PELAWAT
Pelawat/Pembantu tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan tanpa kebenaran kem komanden/urusetia. Jika hal mustahak sila berjumpa dengan urusetia/pegawai bertugas.

PERHUBUNGAN/KOMUNIKASI
Peserta tidak dibenarkan berhubung dengan pelawat (ibu/bapa/penjaga/pembantu) tanpa kebenaran, atau penyertaan akan dibatalkan. Penggunaan telefon bimbit tidak dibenarkan. Jika berlaku kehilangan pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab. Telefon bimbit boleh disimpan pada pemimpin sekolah masing-masing.

KEBENARAN MELAWAT
Kebenaran masuk pelawat-pelawat ke kawasan perkhemahan adalah tertakluk kepada pihak urusetia perkhemahan.

Undang-undang Perkhemahan

  • Perintah Tetap:
  • Tidak boleh mempersoalkan hal-hal agama, perkauman, dan politik.
  • Tidak boleh merokok, menagih dadah, minum minuman beralkohol, dan berjudi.
  • Tidak boleh meninggalkan kem tanpa kebenaran daripada Kem Komandan atau wakilnya.
  • Tidak boleh melakukan sabotaj, merosakkan peralatan kem, mengganggu, menghasut, dan menimbulkan huru-hara.
  •  Tidak boleh berkelakuan sumbang, berbahasa kesat, dan menghina.
  • Tidak boleh ingkar kepada perintah pegawai perkhemahan/pemimpin.
  • Tidak boleh membawa makanan yang tidak halal.
  • Tidak boleh berhubung dengan orang luar/pembantu perkhemahan tanpa kebenaran Kem Komandan atau wakilnya.
  • Ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan berada di dalam kawasan tapak perkhemahan. Jika ingin berjumpa dengan anak jagaan, sila berurusan DAHULU dengan Kem Komandan / urus setia.
  • Kegagalan mengikut perintah tetap akan mengakibatkan peserta itu dibatalkan penyertaannya atau digagalkan keseluruhan keputusan perkhemahannya.

Peraturan Kem

  • Taat kepada Perintah Tetap.
  • Mengerjakan Solat (untuk peserta Muslim).
  • Mengikut semua arahan Pegawai Perkhemahan/Pemimpin.
  • Menjalankan semua tugas yang dipertanggungjawabkan.
  • Memberi hormat kepada semua pegawai perkhemahan/pemimpin.
  • Bersopan santun dan menghormati antara satu sama lain.
  • Menunjukkan sikap yang baik setiap masa dengan mengamalkan kerjasama, toleransi, dan bantu membantu.
  • Menepati waktu untuk semua atur cara kem.
  • Menyertai semua aktiviti kem dan kumpulan/patrol.
  • Memakai baju berlengan dan seluar panjang untuk semua aktiviti.
  • Memakai pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata untuk semua aktiviti kem / aktiviti fizikal.
  • Mementingkan keselamatan pada setiap masa.
  • Menjaga kebersihan, dan keindahan kawasan, kebersihan khemah dan kawasan.
  • Melaporkan dengan segera kepada Kem Komandan atau wakilnya jika berlaku kemalangan atau kecemasan.
  • Melaporkan semua perlakuan sumbang kepada Kem Komandan atau wakilnya.
  • Melaporkan peserta yang melanggar Perintah Tetap.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pemimpin Kumpulan, Cik Nur Idayu binti Mat Jusoff (013-2974974). Surat rasmi boleh dimuat turun melalui pautan berikut, [Surat Siaran].

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *