SKDP Fun Run Sempena Hari Sukan Negara

Pelaksanaan Hari Sukan Negara telah diputuska pelaksanaannya pada hari Sabtu minggu kedua di bulan Oktober setiap tahun. Hari Sukan Negara ini juga merupakan hari persekolahan dan kehadiran murid akan direkodkan. Semua guru, ibu bapa dan murid-murid digalakkan untuk menyertai SKDP Fun Run ini sebagai tanda sokongan kepada gaya hidup sihat.

Tarikh         :  13 Oktober 2018
Masa          :  7.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat      :  Sekolah Kebangsaan Desa Pandan
Kategori     : Kanak-Kanak (1.5KM) – Dewasa (3KM)

 

Maklumat Program

  1. Semua Warganegara Malaysia dijemput menyertai program SKDP Fun Run.
  2. Bagi penyertaan kategori kanak-kanak, peserta perlu menyerahkan borang kebenaran ibu bapa atau penjaga, selewat-lewatnya 30 minit sebelum waktu larian dimulakan.
  3. Murid Tahun 1 dan Tahun 2 WAJIB ditemani ibu bapa sepanjang larian.
  4. Semua Walk-in Registration perlu didaftarkan sebelum 30 minit sebelum waktu larian dimulakan.
  5. Peserta perlulah bebas daripada sebarang penyakit yang berisiko.

 

Terima kasih kepada semua warga sekolah dan ibu bapa yang sama-sama memeriahkan dan menjayakan program ini. Semoga sentiasa komited dalam mengamalkan hidup sihat.

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *