Kursus dan Ujian Keris Perak Peringkat Negeri 2018

Lencana Keris Perak merupakan penganugerahan lencana kemajuan yang diberikan kepada Pengakap Kanak-Kanak. Melalui kursus ini, ahli telah didedahkan dan diuji dengan beberapa aspek pengetahuan dan aplikasi. Antara komponen yang akan diketengahkan ialah kesetiaan, keselamatan dan kesihatan, kecekapan, penyertaan dan perkhidmatan. Kursus dan ujian ini telah dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh            :  26 – 28 Oktober 2018
Tempat          : Photon Valley Eco Resort
Pengurus      : Cik Nur Idayu Mat Jusoff
Yuran            : RM 100

Melalui perkhemahan ini, ahli-ahli mendapat pengetahuan tentang asas perbarisan, jenis-jenis ikatan, tatacara memasang/mengibar/menurun bendera, isyarat wisel, pertolongan cemas di air dengan alatan. Kesemua ilmu ini akan diperoleh melalui aktiviti dan ceramah yang dilaksanakan sepanjang program.

Dokumen Berkaitan

  1. Syarat dan Peraturan
  2. Surat Jemputan Sekolah
  3. Senarai Semak Keperluan Peserta
  4. Tentatif Program
  5. Lain-Lain

Penyertaan

Kesemua 8 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak ini telah berjaya lulus dan dianugerahkan lencana kemajuan Keris Perak berserta sijil pencapaian.

  1.  Cik Nur Idayu binti Mat Jusoff (Pemimpin)
  2.  Amirul Aizat Bin Mohd Taufik
  3. Umar Irfan Bin Mohamad Shukri
  4. Muhammad Naufal Bin Mohd Nasir
  5. Muhammad Danial Firdaus Bin Mohd Farid
  6. Ahmad Darwish Hakim Bin Ahmad Junaidi
  7. Muhammad Nadhif Bin Mohd Nasir
  8. Muhammad Adam Iqman Bin Ali Osman
  9. Muhammad Danish Haikal Bin Mohd Wildan

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *