Pemulangan Buku Teks bagi Tahun 2018

Semua murid yang menggunakan bantuan pinjaman buku teks SPBT telah membuat pemulangan pada ketetapan yang berikut:

Tarikh   : 25 Oktober 2018/Khamis
Masa    : 7.35 – 9.35 pagi
Tempat : Kelas masing-masing
Penyelaras : Puan Noorzana binti Awang

Tugas dan Tanggungjawab

Guru Kelas dan guru pendamping akan bersama-sama mengurus pemulangan buku teks. Murid-murid akan memeriksa buku secara berpasangan. Guru-guru akan pastikan:-

  1. Setiap murid telah menulis nama dan kelas masing-masing pada borang senarai semak. Tanda √ pada buku-buku yang dipulangkan.
    • Semua buku dalam keadaan baik, cukup muka surat, tidak koyak, berbalut plastik lutsinar dan bertulis nama pada ruangan disediakan.
    • Pemeriksaan akan dibuat secara teliti, satu persatu, helai demi helai.
    • Tanda √√ pada borang senarai semak dan tulis nama murid yang memeriksa dibahagian bawah borang.
  2. Buku yang telah dipulangkan lengkap dan telah disemak akan diikat bersama borang senarai semak.
  3. Borang G pemulangan buku akan ditandatangani oleh murid pada hari sama (buku yang telah lengkap dipulangkan sahaja)
  4. Set buku-buku yang lengkap akan dimasukkan ke dalam plastik hitam yang dibekalkan. Buku ini akan disusun bertingkat dan diikat kemas menggunakan cable tie.
  5. Buku-buku yang tidak lengkap akan diasingkan ke dalam plastik (berlabel) yang berbeza.
  6. Bagi buku-buku yang sedikit koyak, tidak berbalut, murid-murid perlu baik pulih buku-buku tersebut. Jika keadaannya terlalu daif, murid tersebut perlu menggantikannya dengan buku juga. Kekecualian bagi buku-buku teks tahun 3, buku-buku yang hilang perlu diganti dengan wang tunai kepada penyelaras SPBT.
  7. Bagi buku-buku gantian yang tidak bercap nama dan kelas, murid perlu ke bilik SPBT berjumpa dengan cikgu SPBT yang bertugas (Pn Noorzana) untuk mendapatkan cap.
  8. Bagi murid yang tidak memulangkan buku dengan lengkap, guru kelas/guru pendamping akan lengkapkan borang makluman buku Teks yang hilang atau rosak yang boleh didapati dalam fail poket. Nama murid terlibat akan ditulis pada surat dan diserah kepada murid.
  9. Untuk penjagaan buku teks terbaik setiap kelas, guru kelas akan semak buku murid yang telah dicalonkan semasa penggal pertama (borang pemeriksaan buku teks) untuk pengesahan pemenang. Sekiranya murid dicalonkan hilang kelayakan, guru akan mencalonkan nama murid lain.

Terima Kasih kepada semua guru atas kerjasama yang diberikan untuk aktiviti pemulangan buku teks. Semoga usaha kita semua diberkati. Kelas yang telah lengkap semua urusan boleh hantar fail kepada Puan Noorzana atau Puan Nik Naemah dengan kadar segera.

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *