Polisi Guru Ganti (Relief Policy)

Tujuan

  1. Memastikan keselamatan murid terjamin semasa mereka berada di sekolah – in loco parentis.
  2. Memastikan pembelajaran murid tidak terganggu dengan ketidakhadiran guru.

Skop dan Aplikasi

Polisi ini boleh diperoleh dilaman web SK Desa Pandan www.skdp.edu.my dan ia melibatkan

  • Guru-guru terlatih /guru tetap
  • Guru pelatih
  • Guru ganti

Tanggungjawab

  1. Pengurusan
    • Merangka dan mengemaskini polisi guru ganti dengan rundingan bersama pihak yang berkepentingan.
  2. Penyelaras
    • Memastikan Jadual Waktu setiap guru dikemaskini.
    • Bertanggungjawab untuk menyediakan Senarai Guru Ganti.
    • Mewar-warkan Senarai Guru Ganti untuk makluman dan tindakan pihak yang berkepentingan.
    • Menyediakan dan mengemaskini Fail Guru Ganti.
    • Menyediakan analisa penggantian guru supaya dapat dikongsi semasa Mesyuarat Guru untuk makluman dan tindakan seterusnya.
  3. Guru
    • Mendapatkan persetujuan permohonan cuti (CRK) daripada Guru Besar sekurang-kurangnya dua hari sebelum permohonan secara online (HRMIS) dibuat.
    • Memaklumkan pada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum berkenaan ketidakhadiran melalui telefon /talian WhatsApp peribadi sekurang-kurangnya sebelum jam 6.00 petang sehari sebelum cuti dimohon.
    • Mencatatkan butiran (nama,tarikh,tempat dan masa) urusan ketidakhadiran (kursus, bengkel taklimat, mesyuarat, mengiring murid,dsbg) pada papan putih di pejabat sekolah.
    • Menyediakan dan menyerahkan set Lembaran Kerja untuk setiap kelas yang terlibat kepada Guru Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum sehari sebelum penggantian diperlukan.

Tatacara

  • Sentiasa peka pada Lembaran Guru Ganti (Relief Sheet) setiap pagi dalam talian WhatsApp rasmi sekolah.
  • Menandatangan Lembaran Guru Ganti serta mengisi Slip Guru ganti yang diedarkan oleh Pembantu Pejabat.
  • Slip Guru Ganti perlu dikepilkan/ditampal pada Rancangan Pelajaran Harian sebagai bukti Melindungi Masa Instruktional (MMI).
  • Akur pada masa penggantian dan melaksanakan arahan yang ditetapkan oleh guru asal.
  • Penggantian akan berdasarkan beberapa kriteria berikut:
  • guru dari panitia yang sama; ATAU
  • guru sealiran; ATAU
  • guru kelas; ATAU
  • guru pendamping; ATAU
  • guru lain yang ada ‘free period’

Penggantian boleh dijalankan dengan:

  • Seorang guru mengambil alih satu kelas.
  • Membahagikan murid kelas yang terlibat untuk digerakkan ke kelas-kelas sealiran.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti sampingan secara berkelompok (Jadual Khas).

Sistem Pengoperasian

  • Sekolah menggunakan perisian aSc Substitution untuk menjanakan Lembaran Guru Ganti.
  • Jadual Khas dibuat secara manual untuk penggantian peristiwa Khas atau jika bilangan ketidakhadiran guru terlalu ramai.

Nombor Telefon

  • Guru Besar      : 019 -380 4604
  • GPKTK             : 012 -535 8895
  • Pejabat SKDP : 03-9286 4643
Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *