Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Jamuan Akhir Tahun 2018

Sambutan Hari Kanak-kanak SK Desa Pandan merupakan salah satu program tahunan yang diadakan bagi meraikan murid-murid SK Desa Pandan yang telah memilih SK Desa Pandan sebagai tempat untuk menuntut ilmu agar menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Sambutan Hari Kanak-kanak ini juga  telah mencungkil bakat-bakat terpendam dalam kalangan murid-murid melalui persembahan-persembahan seperti nyanyian, lakonan dan juga tarian yang disertai oleh murid-murid SK Desa Pandan dari pelbagai peringkat umur.

Sambutan Hari Kanak-Kanak dan Jamuan Akhir Tahun bagi tahun 2018 akan diadakan sebagaimana berikut:

Tarikh . : 02 November 2018 (Jumaat)
Masa    : 7.35 – 11.55 pagi
Tema    : ZOOTOPIA
Tempat : Dewan Seri Budiman, SK. Desa Pandan

Sehubungan itu, bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Kanak-Kanak 2018 murid-murid digalakkan berpakaian mengikut TEMA atau sekurang-kurangnya memakai topeng pada hari tersebut. Pakaian atau Custome terbaik akan menerima hadiah. Murid-murid dilarang menggunakan sebarang contengan pada mana-mana anggota badan.  Harap Maklum.

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *