Profil Sekolah

SK Desa Pandan Kuala Lumpur mula beroperasi pada 4 Januari 1999 dengan 360 murid, 24 guru dan 12 buah kelas. Kini SKDP mempunyai 1173 murid, 69 orang guru, dan 36 kelas serta tiga buah kelas pra sekolah.

Guru Besar sekarang ialah Pn. Maheran Abd Halim yang merupakan Guru Besar keempat yang mula bertugas di sekolah ini mulai Oktober 2014. Pn. Maheran dibantu oleh Pn. Uma Rajaretnam a/p Rajaretham selaku GPK Tadbir dan Kurikulum, Pn. Noor Ainon bt. Ikhsan selaku GPK HEM dan Cik Siti Arpah Md. Said sebagai GPK Kokurikulum.

Terletak di Jalan 4/76 Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, sekolah ini menjadi tumpuan penduduk di sekitarnya kerana kedudukannya yang strategik, mempunyai prasarana yang lengkap serta terbaru. Selain itu, sekolah ini juga menjadi pilihan kerana kejayaan dan pengiktirafan yang ditempa dari tahun ke tahun.

Kemaskini Terakhir: November 2014.

3 Responses to Profil Sekolah

  1. saya bersekolah di sk desa pandan nama saya nur alia syamimi dari kelas 4 bestari

  2. syazreen says:

    rindunye skdp….
    #12…

  3. ARIF AMEERUL says:

    Hai cikgu saya ARIF AMEERUL.Saya murid 5 EFEKTIF yang dulu.Kirim salam dekat kawan2 saya yang dulu iaitu Ammar Iqbal dan kawan2 yang lain di dalam kelas 5 Efektif pada 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *