Piagam Pelanggan

Kami warga Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, Kuala Lumpur dengan penuh rasa tanggungjawab berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:-

  1. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan sekolah yang dinamik dan berkesan serta mewujudkan suasana kerja yang harmonis dan kondusif.
  1. Menyediakan dan memberi peluang kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latarbelakang, agama, bangsa dan keturunan.
  1. Memberi pendidikan yang cemerlang dan efektif serta membimbing supaya dapat melahirkan insan yang berilmu, beramal, berjasa, berketrampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  1. Memastikan prestasi kecemerlangan murid dan kakitangan sentiasa dicapai dan berterusan.
  1. Memastikan jalinan dan hubungan mesra dengan ibu bapa, murid-murid dan juga sesiapa yang berurusan dengan pihak sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *