Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara
• Tenaga – Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga.
• Alam sekitar – Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar.
• Ekonomi – Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
• Sosial – Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Dalam usaha menyokong keempat-empat dasar ini, Sekolah Kebangsaan Desa Pandan dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Jabatan Penerangan Kuala Lumpur dan Alam Flora akan menganjurkan Program Hari Teknologi Hijau dan Alam Sekitar bagi tahun 2015. Program ini merupakan antara program tahunan yang akan dikendalikan oleh murid-murid sepanjang perjalanan program. Sambutan program seumpama ini pada tahun lepas amat menggalakkan dengan penyertaan murid dan guru di sekolah-sekolah sekitar SKDP. Diharapkan agar program ini berjalan lancar dan menepati objektif yang telah dicadangkan dengan adanya penyertaan, sokongan dan kerjasama semua pihak.

[Tonton Video Hari Teknologi Hijau dan Alam Sekitar 2014]

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah diajukan melalui ruangan komen dibawah atau hubungi melalui talian [Hubungi Kami]. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini !

Antara Program Menarik
Penulisan Esei | Public Speaking | Story Telling | Bicara Berirama | Sketsa | Melukis Poster | Mewarna |
Pertandingan Gubahan daripada Bahan Kita Semula | Pameran | Pengumpulan Bahan Kitar Semula

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Majlis Khatam Al-Quran

Previous article

Teachsmart : Cooperative Learning Structures

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Kokurikulum