Sekolah Kebangsaan Desa Pandan akan mengadakan Karnival Kokurikulum pada 15 November 2014 bermula jam 8.00 pagi. Karnival ini akan terisi dengan pelbagai aktiviti menarik dengan pembukaan gerai-gerai jualan dan permainan. Selain itu juga, gerai Jumbo Sale juga akan dibuka di bawah pengurusan Kelab Doktor Muda.
Paling utama, pada hari tersebut akan diadakan penyampaian anugerah kecemerlangan dalam bidang Kokurikulum bagi menghargai penglibatan dan pencapaian murid dalam bidang Kokurikulum ini. Dua orang murid akan dipilih bagi setiap persatuan / kelab / unit beruniform / rumah sukan. Lebih kurang 100 anugerah menanti murid.
Kupon (RM5/set) boleh didapati melalui guru kelas dan gerai jualan kupon semasa berlangsungnya karnival ini nanti. Hadirlah beramai-ramai untuk memeriahkan karnival ini.
Comments