Saya ada seorang ibu yang bernama Norlela bt Hashim. Umur ibu saya ialah 49 tahun. Ibu saya kerja sebagai suri rumah. Ibu saya seorang yang baik hati,rajin dan peramah.

Ibu saya tak pernah mengabaikan  kasih sayang terhadap saya. Segala keperluan saya disediakan. Ibu tidak pernah lupa  memberi duit perbelanjaan sekolah setiap hari. Ibu selalu berpesan supaya berjimat cermat menggunakan wang yang diberi.

Setiap pagi ibu tidak pernah lupa  menyediakan sarapan pagi. Sarapan pagi ibu sangat sedap setara chef terkemuka. Ibu sanggup bangun awal pagi untuk masak kepada saya dan keluarga .walaupun masakan  ibu itu nampak  biasa tetapi rasanya sedap.

Selain itu,ibu juga akan membawa kami sekeluarga bercuti apabila berkelapangan. Ibu sanggup menggunakan duitnya untuk pergi bercuti . Ibu memberi keceriaan kepada keluarga. Semua ini ibu lakukan demi untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Di samping itu,ibu juga mengambil saya di sekolah, Ibu sanggup ambil saya  di sekolah walaupun sibuk . Walaupun ibu datang  lambat saya tetap tunggu sehingga ibu sampai . Saya tidakpernah menyalahkan ibu sekiranya ibu datang lambat kerana saya tahu banyak kerja yang perlu diselesaikan oleh ibu.

Kesimpulannya,kita perlulah menjaga hati ibu dengan sebaik-baiknya kerana ibu telah bersusah payah menjaga kita daripada kita dilahirkan  hingga dewasa . Pengorbanan ibu tiada  tandingannya. Ibu kaulah ratu hatiku.

Hasil Nukilan:
Muhammad Affif Mifzal

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Majlis Makan Malam Gala 2016

Previous article

Permainan Bahasa (Aktiviti Pasca UPSR)

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *