Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti,  Insan Terdidik,  Negara Sejahtera”.

Sebagai sebuah sekolah yang mengikuti Program Sekolah  Amanah iaitu program transformasi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, di mana pembudayaan dan kelestarian  serta  mencapai tahap kualiti yang tinggi merupakan cabaran untuk memastikan SK Desa Pandan menjadi model kepada sekolah-sekolah di Malaysia.

Untuk mencapai tahap ini pihak sekolah akan melalui fasa akreditasi iaitu satu pentauliahan kepada sekolah-sekolah dalam Program Sekolah Amanah yang telah mencapai standard yang ditetapkan, menerapkan dan mengamalkan budaya sekolah amanah dan berjaya melakukan transformasi serta merealisasikannya.

Perubahan transformasi bilik darjah melalui  pedagogi abad ke-21 oleh semua guru  telah menjadikan SK Desa Pandan sebagai penandaarasan institusi pendidikan dan sektor awam- swasta. Kami telah menggunakan PMS, CPD, PLC dan LW sebagai budaya untuk menjalankan jentera sekolah dengan lancar. Pelbagai kursus seperti, TeachSmart, MidLED CPDs, dan CPD Co-Curiculum  telah membantu mengasah kemahiran melalui  peranan masing-masing. SLT dan MLs telah memainkan peranan penting dalam melaksanakan “Trust School Improvement  Plan” (TSIP)  bersama dengan guru-guru sebagai pelaksana. Mereka telah mendapat latihan sebagai pemimpin pembelajaran dalam  mempersiapkan dan menjalankan CPD untuk pembangunan warga sekolah.

Aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan berpusatkan murid  telah membuktikan   anak-anak di SK Desa Pandan  lebih  yakin, berfikiran luas dan gembira  datang ke sekolah setiap hari. Terdapat kesedaran oleh guru dan ibu bapa bahawa pertumbuhan holistik murid-murid adalah sama pentingnya dengan kecemerlangan akademik. Program bersama untuk memupuk semangat muhibah antara guru, staf sokongan , ibu bapa, murid  dan pihak berkepentingan telah dijalankan dan akan terus dibudayakan.

Ucapan terima kasih atas dedikasi dan komitmen guru-guru, staf sokongan, PIBG,  ibu bapa, pegawai-pegawai  PPD serta  JPWPKL yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepada pihak sekolah. Kami yakin kami berada di landasan yang betul untuk terus mencapai empat matlamat strategik.iaitu “Membangunkan Kepimpinan Dan Pengurusan Berkualiti Tinggi (SG 1),”Menambah baik Kualiti Pembelajaran dan Pengajaran (SG2), ”Memaksimumkan Potensi dan Pencapaian Murid”(SG 3) dan “Mengukuhkan Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Berkepentingan Lain (SG 4). Semoga usaha murni kita ini akan tercapai dan dipermudahkan segala urusan. Buat Sehabis Baik  dan Bekerja Seikhlas Hati  Akan Membuahkan Hasil Yang Berkualiti.

Sekian. Terima kasih.

(MAHERAN BINTI ABD HALIM)
Guru Besar,
SK Desa Pandan, Kuala Lumpur.

17.12.2018

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KATA-KATA ALUAN GURU BESAR 4

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”.

Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat bagi meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah bersatu untuk “BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN”.

Tahniah dan syabas, dengan semangat kerjasama serta pengemblengan tenaga yang padu di samping kepakaran yang sedia ada serta program-program kecemerlangan yang mantap, SK Seri Bintang Utara telah berjaya melonjakkan keputusan UPSR 2017. Semoga UPSR 2018 juga akan memperolehi keputusan yang cemerlang InsyaAllah. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2018 dengan harapan SK Seri Bintang Utara akan terus menempa kecemerlangan.

Harapan saya, SK Seri Bintang Utara mempunyai sumber manusia yang berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping kemudahan pendidikan yang berkualiti dan InsyaAllah menjadi tunggak untuk melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan akhirat.

“Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari,

jangan ditangguh sehingga esok”

Pepatah Arab

(NORIAH BT HJ. ISMAIL)

Guru Besar,

SK Seri Bintang Utara,

Taman Shamelin Perkasa,

KUALA LUMPUR

 

 

 

Senarai Guru Kelas dan Mentor 2019

Previous article

Bengkel Pengemaskinian Fail Murid 2019

Next article
Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *