Kejohanan Bola Jaring Bawah 11 Tahun, 2016

Pada 23 -24 Ogos 2016, Pasukan Bola Jaring sekolah telah menyertai Kejohanan Bola Jaring Bawah 11 Tahun, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Yaakob Latif, Kuala Lumpur. Pasukan sekolah telah berjaya mara ke Peringkat Suku Akhir setelah berjaya mempamerkan aksi terbaik semasa peringkat kumpulan, dengan menentang pasukan bola jaring dari Sekolah Kebangsaan Sungai Besi dan Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Besi.

Pengurus   :  Cik Nur Idayu Mat Jusoff
Jurulatih 1 :  Pn. Nor Farizan Ibrahim
Jurulatih 2 :  Cik Nor ‘Amirah Thalatha

Pasukan sekolah seterusnya bertemu pasukan bola jaring dari Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak () pada peringkat suku akhir yang menggunakan sistem pertandingan kalah mati. Keputusan jaringan terikat 3-3 setelah masa permainan tamat dan dalam masa tambahan, pihak lawan berjaya menambah 1 jaringan. Kemenangan berpihak kepada pihak lawan apabila pasukan sekolah ketinggalan 3-4 sejurus masa tambahan ditamatkan.

Pencapaian ini merupakan keputusan membanggakan kerana pasukan sekolah berjaya memberikan saingan yang sengit kepada pihak lawan, meskipun ini merupakan penyertaan tahun pertama pasukan sekolah dalam mana-mana kejohanan. Semoga terus mara di masa akan datang. Syabas dan tahniah kepada pengurus pasukan, jurulatih dan semua pemain !

[Not a valid template]

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *