Panitia Agama Islam telah melaksanakan Kem Bestari Solat Siri 2 bertempat di Dewan Seri Budiman. Program ini dilaksanakan sebanyak 2 kali pada  setiap tahun iaitu pada penggal pertama persekolahan (Siri 1) dan penggal kedua persekolahan (Siri 2).

Program ini bertujuan untuk memastikan semua peserta dapat pendedahan tentang cara-cara mendirikan solat dengan lebih sempurna. Pengukuhan mengenai solat juga turut ditekankan. Semua peserta disediakan dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Siri ini merupakan siri terakhir pelaksanaan Kem Bestari Solat untuk tahun ini, dan majlis pentutupan juga telah dilaksanakan pada jam 1.00 petang; Sebelum semua peserta dan guru-guru solat Zohor berjemaah.

Tarikh                       : 22 Julai 2017 (8.00 Pagi – 2.00 Petang)
Tempat                     : Dewan Seri Budiman
Penyelaras               : YM Raja Mohd Sidqi Raja Lope Ahmad

Solat, tiang agama. Perbaiki solat, dan hidupmu akan jadi lebih baik!

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Previous article

Kelas Catur – KL Chess Academy

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Kokurikulum