Jabatan Pendidikan Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur dengan Perseketuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan Kursus dan Ujian Ahli Renang Peringkat Negeri. Kumpulan Pengakap SK Desa Pandan juga akan menghantar ahli-ahli yang berkelayakan untuk menonjolkan bakat ahli dan juga mengiktiraf kemahiran mereka.

Tarikh             :  25-27 Januari 2018
Tempat          :  Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Hulu Langat
Yuran             :  RM 110 (Ahli) RM 40 (Pemimpin)
Pemimpin     : Cik Nur Idayu binti Mat Jusoff

KELAYAKAN UNTUK MENYERTAI KURSUS & UJIAN

  • Merupakan seorang ahli pengakap BERDAFTAR
  • Telah lulus ujian lencana keahlian
  • Mempunyai uniform lengkap
  • Mempunyai keyakinan di dalam air
  • Telah melengkapkan buku log
CATATAN BUKU LOG

Buku log perlu ada sekurang-kurangnya catatan mengenai butiran berikut dan telah disahkan oleh pemimpin masing-masing:

  • Lambang Pengakap Malaysia dan Lambang Pengakap Sedunia beserta penerangan.
  • Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap.
  • Sejarah Pergerakan Pengakap.
  • Cerita Hutan.
  • Laung Agung.

BACAAN LANJUT:

Catatan:
Ibu bapa perlu menguruskan sendiri pengangkutan pergi dan pulang ahli ke lokasi kurus.

Dialu-alukan untuk mengesahkan penyertaan kepada pemimpin kumpulan melalui aplikasi Whatsapp http://cikguidayu.wasap.my  sekiranya anak-anak telah memenuhi syarat yang dinyatakan.

Jadual Kemaskini Hasil Kerja Murid 2018

Previous article

Bahan Pengurusan Fail Kokurikulum 2018

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Kokurikulum