Pada 14 Julai 2015 yang lalu, SK Desa Pandan telah mengadakan Majlis Khatam Quran. Majlis Khatam Quran ini diadakan untuk menggalakkan pembacaan Al-Quran di kalangan murid – murid sekolah.

Majlis Khatam Quran yang diadakan di Dewan Seri Budiman bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang. Sepanjang majlis itu dijalankan, terdapat beberapa aktiviti yang diadakan seperti pertandingan nasyid, penyampaian hadiah dan pembacaan Al-Quran.

Pertandingan nasyid disertai oleh lima kumpulan iaitu Little Mujahid, As-Sayuti, Raudhatul Marjan, Al – Jannah dan Al – Zahra Junior.Majlis Khatam Quran ini disertai oleh murid-murid tahun enam dan murid-murid lain yang sudah khatam Quran.

Sesi  penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Encik Faizal bin Mohammad Arshad iaitu Yang Dipertua PIBG. Penyampaian saguhati dan duit raya juga diberikan kepada murid-murid. Selama majlis ini berlangsung,Pn. Nurul Afzan binti Abdul Halim telah menjadi pengerusi majlis. Program sebegini memberi pengalaman berharga kepada murid dan mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Disediakan oleh:
Adila Binti Syhiful Zamri
Portal SKDP Author

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Sayembara Menulis Sajak Kanak-Kanak

Previous article

Hari Teknologi Hijau dan Alam Sekitar 2015

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *