Pada hari Rabu, 20 April 2016, satu Majlis Perasmian Frogland telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sultan Hishamudin Alam Shah. Majlis ini melibatkan dua orang murid Sekolah Kebangsaan Desa Pandan (SKDP), iaitu Fateha Aisyah binti Muhammad Farid dan Ahmad Danish Haykal bin Junaidi yang dijemput untuk menyertai  Program RIMUP ICT rangkaian Sekolah Amanah. Menerusi Program RIMUP ICT, murid SKDP telah berpeluang untuk membuat pembentangan  tentang makanan tradisional Masyarakat Melayu.

Barisan SLT dan juga wakil Middle Leader SKDP juga turut sama hadir memeriahkan majlis di samping kehadiran pihak Pejabat Pendidikan Wilayah bangsar/Pudu untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Frogland ini. Semoga dengan adanya program seumpama ini, dapat memperkembangkan lagi potensi murid di samping mengukuhkan hubungan professional antara rangkaian Sekolah Amanah. Terima kasih atas jemputan!

 

We Believe We Can Fly Higher

Previous article

Permohonan Kemasukan Murid ke Prasekolah KPM 2017

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Kurikulum