Majlis Restu Ilmu merupakan program tahunan anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama guru-guru tahun enam. Program ini diadakan khas untuk calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)  yang akan menduduki ujian pada minggu hadapan.

Pihak sekolah yakin bahawa keredhaan guru-guru atas ilmu yang dicurahkan amat penting bagi memastikan segala ilmu yang dipelajari memperoleh keberkatannya. Oleh itu, majlis ini dirancang bagi memberi peluang kepada murid-murid tahun enam untuk memohon maaf serta restu daripada guru-guru yang telah berpenat lelah mengajar dan mendidik mereka selama ini. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh                       : 8 September 2017 (Jumaat)
Masa                        : 10.55 – 11.55 Pagi
Tempat                     : Dewan Seri Budiman
Penyelaras               : Puan Zamilah binti Ahmad Zamri

Program ini juga bertujuan memberi kesedaran dan perangsang kepada calon UPSR agar mereka lebih bersemangat dan yakin untuk menghadapi UPSR. Majlis turut diselitkan dengan taklimat peperiksaan sebagai persediaan untuk murid-murid menduduki peperiksaan yang bakal tiba. 

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Cuti Umum Sempena Temasya Sukan SEA 2017

Previous article

Sumbangan dan Gotong Royong Sempena UPSR

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *