Kepada:
Ibu bapa / Penjaga
Murid – murid SK Desa Pandan
Kuala Lumpur

Yang Berbahagia Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
Notis Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh   : 2 April 2016 (Sabtu)
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sri Budiman

Agenda Mesyuarat

  1. Ucapan Yang Dipertua
  2. Ucapan Penasihat
  3. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke – 16
  4. Membentang dan menerima laporan tahunan PIBG bagi tahun 2015 – 2016
  5. Membentang, menerima laporan dan meluluskan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31 Disember 2015
  6. Membahas bayaran tambahan
  7. Pembentangan usul – usul yang telah dikemukakan secara bertulis
  8. Pembubaran Ahli Jawatankuasa sesi 2015 / 2016
  9. Pelantikan Ahli Jawatankuasa sesi 2016 / 2017
  10. Ucapan Penangguhan

Sehubungan itu, sekiranya Dato’ / Datin / Tuan / Puan mempunyai sebarang usul bagi mempertingkatkan lagi kecemerlangan sekolah ini, mohon isikan Borang Usul yang disertakan dah dihantarkan kepada guru kelas selewat – selewatnya pada 25 Mac 2016.

Perhatian dan kerjasama serta kehadiran Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah diharapkan dan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.

* Pendaftaran kehadiran boleh dilakukan mulai jam 8.00 pagi
* Kehadiran ibu/bapa/penjaga akan memberikan 20 merit kepada murid.

Sekian, terima kasih

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Majlis Pentauliahan Pangkat Kepegawaian Kadet Remaja Sekolah

Previous article

Salinan Dokumen SPSK Tidak Terkawal

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Pengumuman