JENIS-JENIS CUTI TANPA REKOD

  1. Cuti Gantian
  2. Cuti Latihan Pasukan Sukarela
  3. Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan Pertubuhan / Persatuan
  4. Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama
  5. Cuti Memasuki Peperiksaan
  6. Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas
  7. Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan
  8. Cuti Tugas Khas Perubatan
  9. Cuti Isteri Bersalin
  10. Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
  11. Mengikuti Kursus Intensif Di Bawah Program PJJ dan
  12. Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Program PLKN

CUTI GANTIAN

  1. Bagi menggantikan masa bertugas lebih masa atas kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan yang tidak berkelayakan dibayar elaun lebih masa atau bayaran khas. Contoh masa bertugas lebih masa;
    • Bertugas pada hari minggu dan kelepasan am
    • Bertugas lebih masa dari waktu yang ditetapkan (PA 17 BAB G 1974)
  2. Kadar kelayakan cuti gantian adalah 9 jam masa yang dipanggil bertugas bersamaan dengan 1 hari. (PA 40 BAB C 1974)
  3. Hendaklah diambil pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tugas. Jika tidak diambil dalam tempoh berkenaan akan dianggap luput. (JPA 43/26 Klt. 2 (109) bertarikh 8/6/1995 surat kepada JPM) 1
  4. Kemukakan salinan’workorder’ yang disahkan bagi kerja-kerja yang dijalankan

CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA JENIS PASUKAN SUKARELA YANG DIBENARKAN;
Askar Wataniah, Simpanan Sukarela Tentera Laut Di Raja, Simpanan Sukarela Tentera Udara Di Raja,Simpanan Sukarela Polis, Pertahanan Awam dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Syaratnya ialah:-

  • Hadir latihan atau khemah kerja tahunan sahaja.
  • Sebarang cuti yang melebihi kelayakan hendaklah ditolak dari Cuti Rehat.
  • Jika Cuti Rehat telah kehabisan, dapatkan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (PA 41 BAB C 1974)
  • Tidak melebihi 30 hari setahun untuk latihan/khemah kerja tahunan.
  • Tambahan 2 hari lagi untuk perjalanan (pergi dan balik).

CUTI MENGHADIRI LATIHAN ATAU KHEMAH KERJA TAHUNAN
PERTUBUHAN/PERSATUAN YANG DIBENARKAN
Kadet Laut, Kadet Persekutuan, Pasukan Latihan Udara Persekutuan, Pengakap, Pandu Puteri 2, Briged Budak Lelaki, Briged Budak Perempuan, Ambulan St. John, PBSM, Persatuan Perancang Keluarga, PEMADAM, Persatuan Penyelamat Kelemasan Di Raja Cawangan Malaysia, Pertubuhan Orang-orang Buta, Institut Dakwah dan Latihan Islam JPM, Jabatan Perpaduan Negara, JPM, Persatuan Pengguna, Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Malaysia, PUSPANITA, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kadet Polis, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), PERKIM, Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Majlis Keselamatan Negara, JPM, Biro Tata Negara dan JPM.

Tempoh: Tidak lebih 14 hari, dan tambahan 2 hari untuk perjalanan (pergi dan balik).

Syarat: Sebarang cuti yang melebihi kelayakan hendaklah ditolak dari Cuti Rehat. Jika Cuti Rehat telah kehabisan, boleh diberi Cuti Tanpa Gaji.

CUTI MENDUDUKI/MEMASUKI PEPERIKSAAN
Boleh diberi kepada staf yang memasuki peperiksaan yang dianggap oleh Ketua Jabatan sebagai boleh membaiki peluang hidup atau peningkatan kerjaya.(PA 44 BAB C)

Tempoh : Dihadkan kepada tarikh / hari peperiksaan sahaja

MENGHADIRI MESYUARAT KHAS PERSATUAN IKHTISAS
Boleh diluluskan kepada pegawai yang menghadiri mesyuarat agung atau mesyuarat agung luar biasa dalam persatuan ikhtisas di mana pegawai menjadi ahli.

MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM OLAHRAGA / SUKAN
Boleh diberi kepada staf yang telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam sebarang perlawanan atau sukan. Syaratnya ialah:-

  1. Perlawanan di peringkat negeri atau antarabangsa.
  2. Anjuran dari kerajaan layak. Tidak layak jika anjuran dari swasta.
  3. Diberi atas budibicara Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  4. Boleh diberi juga kepada pegawai yang menjadi ahli mana-mana Majlis atau Jawatankuasa Pertandingan Negeri atau antarabangsa untuk menghadiri mesyuarat majlis/jawatankuasa yang diadakan sebelum atau selepas sesuatu pertandingan [PA 46(b) Bab C 1974] 5.

Tempoh : Terhad kepada masa yang betul-betul diperlukan tetapi tidak melebihi 30 hari setahun.

CUTI TUGAS KHAS PERUBATAN
Boleh diberi kepada pegawai yang menjalankan tugas x-ray sepenuh masa dan terdedah kepada pancaran x-ray 2. Bertugas di pusat-pusat perubatan tertentu di mana jenis tugas yang dijalankan merbahaya. [PA 47 Bab C 1974] 3.

Tempoh : 14 hari setahun. Tidak boleh ’carry forward’. Sekiranya tidak diambil dalam tahun yang diperolehi, cuti ini akan luput.

CUTI ISTERI BERSALIN
Diberi kepada pegawai lelaki kerana isteri bersalin. Kemudahan ini dibenarkan sebanyak 5 kali sahaja dalam tempoh perkhidmatan . (Perenggan 58.2 PP 9/1991)

Tempoh : 7 Hari sahaja (PP 9/2002)
Salinan perakuan bersalin hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan.

CUTI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT
Diberi kepada pegawai untuk menziarahi dan membantu urusan berkaitan kematian ahli keluarga terdekat. Salinan pengesahan kematian hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan

AHLI KELUARGA TERDEKAT : Suami/isteri, anak, ibu, dan bapa kandung, ibu dan bapa mentua, ibu 2 dan bapa angkat yang sah di sisi undang-undang serta anak angkat (termasuk anak angkat de facto dan anak pelihara) yang sah di sisi undang-undang. (JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) )

Tempoh : 3 hari sahaja. ( PP 10/2002)

MENGIKUTI KURSUS INTENSIF DI BAWAH PROGRAM PJJ
Boleh dipertimbangkan kepada pegawai untuk menghadiri kursus intensif sepenuh masa yang disyaratkan di bawah program pendidikan jarak jauh (PJJ).

Syarat : Telah mendapat kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu untuk mengikuti program pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Pertama/Lanjutan di 6 mana-mana IPT dan belum mempunyai kelayakan di peringkat pengajian yang berkenaan.

Tempoh : Tempoh sebenar kursus intensif tetapi tidak melebihi 30 hari (maksima) dalam setahun. 4. Jika lebih 30 hari, gunakan cuti rehat yang berkelayakan. Jika kehabisan cuti rehat, gunakan cuti tanpa gaji.

MENGIKUTI PROGRAM PLKN
Diberi kepada pegawai yang mengikuti kursus jurulatih PLKN dan menjalankan tugas-tugas jurulatih PLKN (PP 1/2004)

Tempoh : Masa sebenar dan tambahan 2 hari bagi perjalanan(pergi dan balik)

SELEPAS TAMAT CUTI BELAJAR
Pegawai boleh memohon kepada Ketua Jabatan ( melalui Ketua Unit/Pusat/ Dekan kepada Pendaftar) cuti tanpa rekod tidak melebihi 7 hari selepas tamat kursus/latihan/pengajian.

Syarat : Tempoh Kursus/Latihan/Pengajian pegawai adalah lebih 12 bulan (PA 38 BAB C 1974)

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Kejohanan Creterium “Junior Cycling Malaysia”

Previous article

We Believe We Can Fly Higher

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Pentadbiran