Pencarian Skuad Portal SKDP 2015

Satu skuad khas bagi menubuhkan dan melestarikan penggunaan Portal SKDP sebagai salah satu medium terpenting dalam menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini tentang sekolah telah ditubuhkan. Dalam usaha membangunkan portal ini, pihak kami mengalu-alukan murid Tahun 1 hingga Tahun 5 untuk melibatkan diri dalam organisasi ini. Sijil penghargaan daripada pihak sekolah akan diberikan kepada murid-murid yang dapat menyumbang jasa dalam pembangunan portal ini.

Sesi bimbingan dan latihan akan diberikan kepada calon yang terpilih. Pengalaman dan pengetahuan baharu ini pasrtinya dapat membantu murid mendapatkan bonus dalam pemarkahan Kepimpinan dan Kokurikulum. Sekiranya anda mempunyai kriteria seperti berikut, anda dialu-alukan untuk menyertai kami:-

  1. Mempunyai sekurang-kurangnya asas dalam menggunakan peralatan ICT seperti internet, komputer riba, tablet, dan mana-mana peranti yang dapat memaparkan portal secara atas talian.
  2. Berpengetahuan dalam menggunakan perisian Microsoft Office, sekurang-kurangnya komponen Word dan Powerpoint.
  3. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi, mampu menemu ramah dan mencatatkan maklumat penting serta boleh membuat laporan tentang aktiviti yang ditugaskan.

Loading Facebook Comments ...

One Response to Pencarian Skuad Portal SKDP 2015

  1. MUHAMMAD AQIL BIN MOHD AZRAN says:

    if you like water,you’re already like 46 PERCENT OF ME!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *