Pendaftaran Penempatan Kanak-Kanak Warganegara Ke Tahun Satu Secara Online Menggunakan Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Sesi Persekolahan 2016 dan 2017 akan dibuka pada:-

Sesi Pertama : 1 Mac hingga 30 April 2015 (Pendaftaran Biasa)
Sesi Kedua : 2 Mei hingga 30 Oktober 2015 (Pendaftaran Lewat)

Murid yang layak memohon ialah murid yang mempunyai tarikh kelahiran bermula 02 Januari 2009 sehingga 01 Januari 2010 (Sesi Persekolahan 2016), dan 02 Januari 2010 sehingga 01 Januari 2011 (Sesi Persekolahan 2017). Bawa bersama dokumen berikut semasa memohon:-

  1. Sijil Lahir Asal dan Satu Salinan.
  2. Bil Utiliti (Bil Pengesahan Tempat Tinggal).
  3. Satu Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga.
  4. Sampul Surat putih bertingkap bersaiz 4 x 9 (115cm x 245cm).
  5. Setem 80 Sen.

Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat SK Desa Pandan mengikut ketetapan berikut:-

Isnin – Jumaat
8.00 Pagi – 4.00 Petang
WAKTU REHAT
(Isnin-Khamis: 1.00 Petang – 2.00 Petang)
(Jumaat: 12.15 Tengah Hari – 2.45 Petang)

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Cuti Sempena Cuti Tahun Baharu Cina

Previous article

Pencarian Murid Pintar dan Berbakat

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

22 comments

  1. Assalamulaikum

    Saya nak bertanya berkenaan dengan Pendaftaran Kanak-Kanak Warganegara ke Tahun Satu 2017. Adakah masih buka untuk pendaftaran?

    1. Waalaikumussalam.
      Puan boleh berurusan di pejabat sekolah untuk pendaftaran bagi Tahun 1 2017. 🙂

      1. terima kasih Puan. Boleh saya tahu macam mana nak semak keputusan kemasukkan Tahun 1 2017 nanti?

  2. Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya berkenaan dengan Pendaftaran Kanak-Kanak Warganegara ke Tahun Satu 2018. Bilakah sesi pendaftaran akan dibuka? Bolehkah saya membuat pendaftaran sekarang? Terima kasih. 🙂

    1. Waalaikumussalam.
      Permohonan Kemasukan Kanak-Kanak Warganegara ke Tahun Satu 2018 akan dibuka apabila kain rentang dipasang di pintu pagar sekolah nanti. 🙂

  3. Assalam,
    Mohon pencerahan sbb sy kurg jelas mgenai umur kelayakan..klu anak sy lahir pd bln mei 2011 layak ke utk daftar prasekolah tahun 2017?

    1. Maaf..x perasan tuk tahun satu rupanya…im so sorry..??

        1. Pendaftaran Prasekolah 2017 SK Desa Pandan telah dibuka untuk kelahiran 2 Jan 2011 hingga 1 Jan 2012 bermula 15 April hingga 31 Julai.Dapatkan borang pendaftaran di pejabat sekolah pada waktu pejabat.

          1. Assalam,adakah semua sekolah telah dibuka untuk pendaftaran pra sekolah?

  4. Assalamualaikum Puan,

    Soalan 1

    Saya telah mendaftar kemasukan anak saya untuk Tahun Satu 2017 pada tahun lepas menggunakan Borang Permohonan manual. Adakah saya masih perlu mengisi permohonan online?

    Soalan Ke-2

    Untuk kemasukan anak ke Tahun 1 sesi 2018 pula, saya perlu mengisi permohonan online atau mengisi borang biasa?

    Mohon pencerahan pihak SKDP.

    Pencerahan daripada pihak SKDP saya amat hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian.

    1. Waalaikumsalam Puan yang bertanya.

      Bagi pendaftaran Tahun 1 2017 dan 2018 ke sekolah-sekolah JPWPKL, semua permohonan perlu dibuat secara manual. Pihak sekolah yang akan mengisikan maklumat secara dalam talian/online berpandukan borang yang telah lengkap dihantar bersama lampiran.
      Ibu bapa tidak perlu mengisi borang online. Sekiranya telah dibuat, ibu bapa perlu membatalkannya terlebih dahulu kerana pihak sekolah tidak boleh membuat pendaftaran.

  5. Assalamu’alaikum,

    Sedikit pertanyaan:-

    1) untuk pendaftaran, adakah saya hanya perlu datang membawa dokumen berkaitan atau perlu melalui proses lain sebelum itu?

    2) apakah makna status Cohort 2 KL Cluster, adakah ia sama di iktiraf oleh Kementerian?

    Terima Kasih

    1. Waalaikumsalam

      1. Proses pendaftaran biasa, lengkapkan borang dan hantar bersama lampirkan dokumen yang telah disenaraikan.

      2. Cohort 2 KL Cluster merujuk kepada pemilihan dan penyenaraian Sekolah Desa Pandan sebagai kumpulan ke-2 Sekolah Amanah selepas Johor dan Sarawak sebagai perintis dan tetap kekal dibawah KPM. Pada tahun 2013 Hanya terdapat 3 buah Sekolah Amanah di Kuala Lumpur iaitu SK Desa Pandan, SK Convent Jalan Peel dan SK Sultan Hishamudin Alam Shah. Rangkaian Sekolah Amanah semakin meluas ke seluruh negara.

      Keterangan lanjut tentang Sekolah Amanah boleh diperolehi melalui laman web http://www.yayasanamir.org.my/

  6. Assalamualaikum,

    Sedikit pertanyaan, adakah saya hanya perlu membawa dokumen seperti tertera di atas untuk proses pendaftaran atau adakah proses-proses lain sebelumnya

    1. Tiada proses lain, hanya proses pendaftaran biasa sahaja. Tarikh tutup pendaftaran biasa Tahun 1 bagi kelahiran 2010 adalah pada 31 April 2016. Pendaftaran selepas itu dikategorikan sebagai pendaftaran lewat.

  7. Assalamualaikum Puan Pengarah,
    saya ingin kepastian….untuk kemasukan anak akan datang, jika anak saya bersekolah di pra sekolah kemas @ sang kancil bole ke mendaftar di Sek Ren Desa Pandan? atau syarat sekolah lain…

  8. Boleh mendaftar di SK Desa Pandan. Tiada sebarang syarat tambahan untuk pendaftaran Tahun 1 selain syarat umur dan taraf warganegara. Permohonan membawa maksud anak tuan/puan ada tempat untuk bersekolah di sekolah kebangsaan pada tahun sepatutnya.

    Mendaftar di SK Desa Pandan tidak semestinya ditempatkan di sekolah tersebut kerana lazimnya bilangan permohonan melebihi tempat yang disediakan. Murid akan ditempatkan di sekolah yang berhampiran mengikut pilihan kedua dan ketiga yang diisi oleh ibu bapa.

  9. Assalammualaikum Puan Pengarah.
    Saya nak tanya..keputusan kemasukkan pelajar tahun 1/2017 day keluar ke belom ye.terima kasih

  10. Anak saya lahir pada october 2012,boleh ke didaftarkan untuk prasekolah bagi tahun 2017?

  11. Assalamualaikum.
    Boleh ke penjaga atau datuk/nenek mendaftar untuk pelajar kerana ibu bapanya kerja jauh. Sekiranya dibenarkan,apa dokumen yang perlu dibawa?

    1. Waalaikumussalam,
      puan boleh rujuk pautan terkini:
      http://www.skdp.edu.my/?p=4290 🙂

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *