Single Sign On (SSO) merupakan satu inisiatif KPM untuk memudahkan akses online guru-guru ke dalam semua pangkalan data seperti ePANGKAT, eGTUKAR, ePRESTASI, eSPBT, sGraduan, Program Transformasi Minda, eOperasi, EMis, APDM, SSDM, SAPS, PAJSK, eSARANA, SMPK dan lain-lain. Guru-guru hanya perlu mengingat satu kata laluan sahaja untuk mengakses semua pangkalan data ini.

Mulai Januari 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewajibkan pendaftaran guru ke dalam sistem SSO ini. Berikut merupakan langkah-langkah pendaftaran SSO.

  1. Log masuk Sistem Pengurusan Sekolah di URL berikut : https://sps1.moe.gov.my/
  2. Klik menu LOG MASUK dan klik Menu PENGURUSAN GURU.
  3. Paparan e-operasi muncul, dan masukkan ID dan Password eOperasi.
  4. Apabila berjaya log in. Akan ada button DAFTAR SSO disebelah kiri. Klik DAFTAR SSO.
  5. Klik DAFTAR SSO SEKARANG.
  6. Nombor Kad Pengenalan telah sedia ada, guru cuma perlu cipta baru kata laluan (Gabungkan abjad dan angka), sahkan kata laluan dan masukkan email (pastikan email yang aktif sahaja).
  7. Klik DAFTAR.
  8. Paparan muncul bersama url berikut : https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
  9. Klik LOG MASUK.
  10. Masukan No. KP dan Kata laluan yang telah didaftarkan.
  11. Klik LOG MASUK.
  12. Klik menu untuk paparan sistem .
  13. Muncul 3 menu utama : Pengurusan Sekolah, Pengurusan Guru dan Pengurusan Murid.
Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Pertandingan Melukis dan Mewarna Wilayah Persekutuan Tahun 2016

Previous article

Pendaftaran Murid Tahun Satu 2017 dan 2018

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

2 comments

    1. Terima kasih atas kredit.
      Moga dapat kita berkolaborasi satu hari nanti. 🙂

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Pentadbiran