Setakat jam 10 pagi tadi, Shah Alam mencatatkan IPU tertinggi 279, diikuti Pelabuhan Klang (255), Batu Muda, Kuala Lumpur (250) dan Petaling Jaya (226).

Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan dua bahagian di Sarawak, termasuklah Sekolah Kebangsaan Desa Pandan akan ditutup hari esok, 28 September 2015 berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk. Sehubungan itu, murid-murid dinasihatkan untuk berada di rumah dan elakkan diri daripada terdedah kepada asap jerebu.

Penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar.

Nota: Pejabat sekolah beroperasi seperti biasa.

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

The World’s Largest Lesson (WLL)

Previous article

Lawatan Ke Petrosains dan Aquaria, KLCC

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *