Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi portal rasminya telah memaklumkan bahawa aplikasi sistem permohonan kemasukan ke sekolah kawalan ambilan Januari 2015 akan dibuka kepada capaian mulai 8 September 2014 sehingga 7 Oktober 2014. Sehubungan itu, murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2014 dan berminat boleh membuat persediaan untuk memohon ke Tingkatan 1 sekolah kawalan ambilan Januari 2015

Jenis Sekolah Kawalan

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
  • Kelas Aliran Agama (KAA)
  • Kelas Rancangan Khas (KRK); Kelas yang diwujudkan untuk menempatkan murid-murid cemerlang dalam peperiksaan awam dimana murid yang tidak berjaya untuk ke SBP dan Sekolah Kawalan.

Cara Membuat Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) dengan melayari sistem borang permohonan online di pautan berikut yang akan dibuka mulai Isnin 8 September melalui pautan http://public.moe.gov.my.

Ringkasan Info
1. Sistem permohonan online dibuka mulai 8 September 2014 dan tarikh tutup pada 7 Oktober 2014.
2. Keputusan permohonan dijangka diumumkan pada minggu ketiga bulan Disember 2014

Calon boleh mendapatkan bantuan dengan merujuk kepada guru kaunseling ataupun guru kelas di sekolah jika menghadapi masalah untuk mengisi segala butiran yang diperlukan dalam sistem permohonan secara atas talian. Peranan ibu bapa amatlah diperlukan dalam membantu anak-anak untuk membuat permohonan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut adalah dengan sewajarnya melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di Pautan http://www.moe.gov.my

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Jom Kenali Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Previous article

Kejohanan Balapan dan Padang 2014

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

8 comments

  1. Mohon borang bagi permohonan KRK & KAA dibuka semula, sbb ramai ibu bapa terlepas pandang menyangkakan ianya sama dengan permohonan SBP yg tarikh tutupnya pada 31 Okt 2014

  2. Ya saya setuju dengan cadangan zuraidi supaya permohonan dibuka semula kerana ramai ibu bapa yg terlepas pandang perkara ini..

  3. Mohon borang bagi permohonan KRK & KAA dibuka semula, sbb ramai ibu bapa terlepas pandang .

  4. Tingkatan 4 .macam mana ingin membuat permohonan?

  5. pemohonan kemasukan smka,sabk,kaa bila akn dibuka utk ting.4 2015?

  6. Untuk kemasukkan tingkatan 4, apakah prosedurnya. Apakah perlu mengisi online dan apakah capaiannya?

  7. thanks

  8. best wu dpt daftr

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Pengumuman