Program Anakku Sayang Siri 1 Bahasa Malaysia dan Matematik (Tahun 2 dan Tahun 3) telah dilaksanakan dengan jayanya pada 26 Januari 2019 (Sabtu) di Dewan Seri Budiman,SK Desa Pandan. Program ini di bawah Anjuran Unit Kurikulum (Pemulihan Khas). Sasaran program ini adalah murid Pemulihan tahun 2 dan 3 yang tidak lulus Linus Literasi dan Numerasi semasa saringan tahun 2018. Program ini melibatkan guru Bahasa Malaysia dan Matematik Tahun 1,2 dan 3 dan ibu bapa / penjaga murid-murid yang terlibat.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) dan memupuk kerjasama antara ibu bapa dan guru dalam membantu murid untuk meningkatkan keyakinan diri mereka

Antara aktiviti yang dijalankan adalah murid menjawab soalan  dengan bantuan ibu bapa dan kemudian ibu bapa bersama-sama guru memeriksa jawapan murid. Di akhir program, ibu bapa dan guru berbincang kaedah yang betul untuk membantu murid dalam Bahasa Malaysia dan Matematik.

Jumlah kehadiran – 17 orang murid dan 16 orang ibu bapa

.

 

Program Amanat 2019 Sekolah-Sekolah Angkat Yayasan Pendidikan Titiwangsa

Previous article

Taklimat Dual Language Programme (DLP)

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *