Alhamdulillah. Majlis Rewang Perdana, Iftar, Solat Hajat dan Tarawih telah dapat dilaksanakan dengan jayanya atas izin Allah dan semuanya dipermudahkan. Terima kasih kepada guru dan warga sekolah yg telah menjayakan program ini. Semangat permuafakatan yang dipamerkan oleh guru-guru, ibu bapa dan warga SKDP sangat dihargai. – Cik Siti Arpah Md Said

Saya mewakili PIBG SK Desa Pandan sesi 2016/2017 mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, penjaga, guru-guru, alumni, dan anak-anak SK Desa Pandan yang memberi sumbangan sama ada wang ringgit, material atau/dan tenaga untuk majlis ini. Semoga sumbangan tuan/puan/anak-anak mendapat ganjaran pahala berganda daripada Allah S.W.T. Pihak PIBG amat menghargainya. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang turut hadir juga diucapkan syabas dan tahniah kerana bersama-sama menghidupkan majlis pada hari tersebut.

Sebarang kekurangan dan kelemahan itu adalah kesilapan kami dan kami pihak PIBG memohon kemaafan. Akhir sekali, terima kasih tidak terhingga kepada AJK PIBG SK Desa Pandan dan semua ibu bapa atas kerjasama dan komitmen yang diberikan untuk majlis ini.

#muafakatmembawaberkat.
– Encik Faizal bin Mohd Arshad

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Pengisian Borang Keberhasilan / SKT 2016

Previous article

Hari Bual Bicara SK Desa Pandan

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Kokurikulum