KUALA LUMPUR 3 Jan. – Pengacara No. 1 negara, Aznil Nawawi turun padang ke Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pandan dan Tadika Kemas Desa Pandan di sini bagi menyemarakkan sesi persekolahan 2011 yang bermula hari ini. Aznil tiba di pekarangan SK Desa Pandan bersama dua rakan sekonti Riuh Pagi Era iaitu Ray (Shah Reza Mohd. Shah) dan Haniff (Haniff Hamzah) kira-kira pukul 6 pagi bagi sesi siaran luar yang turut disiarkan di Era FM.

Siaran luar konti itu dilakukan oleh tiga penyampai tersebut bagi menyemarakkan lagi permulaan sesi persekolahan tahun ini selain mendekatkan diri dengan peminat cilik. Aznil tahun lalu pernah melakukan siaran luar seperti itu di SK Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama Aznil bergandingan dengan dua penyampai itu menerusi siaran luar sempena permulaan sesi persekolahan.

Menariknya, ketiga-tiga penyampai itu berpakaian lengkap uniform sekolah bagi menaikkan semangat murid-murid tahun satu serta tadika yang baru mengenali alam persekolahan. Ketika ditemui, Aznil menjelaskan, siaran luar yang dilakukan itu selain mencari kelainan ia juga bagi menyemarakkan lagi sesi baru persekolahan di kalangan pendengar Era. “Malah, ada segmen baru Cayang Dia yang diperkenalkan hari ini yang berkaitan kanak-kanak jadi kami rasa memang ia bersesuaian dengan tema persekolahan hari ini.

‘‘Melihat anak-anak ini memulakan sesi sekolah memang menyeronokkan malah mereka sendiri nampak terkejut melihat saya di sekolah mereka. “Ada yang teruja, ada yang takut, ada yang malu-malu malah tidak kurang juga yang menangis memulakan alam persekolahan,” kata Aznil.

Aznil, Ray dan Haniff bersiaran dari SK Desa Pandan sehingga pukul 8.30 pagi sebelum bergerak ke Tadika Kemas Desa Pandan dan menamatkan siaran luar mereka kira-kira pukul 10 pagi.

Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd

SK Desa Pandan Pupuk Minat Membaca Melalui Akhbar

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *