Logo Sekolah

logo skdp

MAKSUD WARNA

Kuning
Melambangkan agama sebagai landasan hidup supaya dapat melahirkan murid yang beriman, berkahlak mulia, berketrampilan dan sejahtera.

Biru
Melambangkan budaya sekolah yang cemerlang dalam semua aspek berlandaskan tatasusila hidup.

Merah
Melambangkan daya tahan tingi yang perlu ada dalam menghadapi cabaran hidup.

PENGERTIAN IMEJ

Buku
– Buku sebagai asas bahan pengajaran dan pembelajaran.
– Buku sebagai sumber ilmu

Komputer
– Lambang Sains dan Teknologi yang menjadi teras Wawasan Pendidikan.
– Komputer sebagai asas kepada alaf baru di mana sekolah-sekolah akan menjadi Sekolah Bestari.

Bunga
–  Melambangkan keharmonian sekolah serta usaha sama antara guru, murid dan masyarakat untuk memajukan sekolah.
– Melambangkan disiplin murid seiring dengan kejayaan akademik.

Gelung
– Lambang Kokurikulum
– Kokurikulum merupakan salah satu elemen penting dalam pendidikan demi untuk menjadikan murid cergas serta menggilap asas kepimpinan kerana murid sekarang bakal menjadi pemimpin masa hadapan.

Bentuk Bulat Lencana
– Bulat merupakan roda kehidupan yang perlu diketahui oleh murid.
– Murid harus memahami konsep ini kerana setiap benda ada roda kehidupan.
– Bulat juga melambangkan satu yang ‘fleksibel’ dan boleh bergerak ke semua arah dan tidak kaku.

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *