Dewan Bahasa dan Pustaka dengan sukacitanya mengumumkan Sayembara Menulis Sajak DBP 2015 Kategori Kanak-Kanak dan kini dibuka untuk penyertaan. Para pelajar sekolah rendah dipelawa menghantar karya untuk sayembara ini bagi meraih hadiah yang ditawarkan. Sayembara Menulis Sajak DBP 2015 diadakan untuk memupuk minat berkarya dan mencungkil bakat penulisan kreatif dalam kalangan pelajar. Sayembara ini juga diharap dapat memperkukuh jati diri bangsa melalui penciptaan karya sastera.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Sayembara ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah warganegara Malaysia yang berumur 10 hingga 12 tahun di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Sajak yang dihasilkan hendaklah sesuai dengan psikologi kanak-kanak serta sesuai untuk bacaan kanak-kanak.
  3. Tema sajak adalah bebas. Walau bagaimanapun penulis digalakkan untuk menampilkan unsur nilai-nilai murni dan jati diri bangsa.
  4. Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar tiga (3) sajak.
  5. Karya yang dihantar hendaklah menggunakan kertas A4, jarak langkau 2 baris (double spacing), jenis tulisan Arial dan fon 12.
  6. Panjang teks sajak adalah antara 10-15 baris. Karya hendaklah dihantar bersama-sama borang penyertaan. Karya yang dihantar mestilah asli (bukan ciplak, saduran, adaptasi atau penyesuaian yang membawa pengertian bukan karya asli) dan belum pernah tersiar/ diterbitkan oleh mana-mana pihak.
  7. Karya yang dihantar mestilah mendapat pengesahan daripada pihak sekolah bahawa karya tersebut adalah hasil ciptaan pelajar berkenaan. Penyertaan yang tiada pengesahan pihak sekolah tidak akan dinilai.
  8. Karya yang dikirimkan tidak akan dikembalikan. Peserta dinasihatkan untuk membuat salinan karya tersebut sebelum menghantarnya kepada Urus Setia Sayembara.
  9. Borang peraduan ini boleh difotostat. Borang peraduan dan panduan menulis sajak boleh diperolehi melalui laman web DBP iaitu http://www.dbp.gov.my/ .
  10. Karya pemenang akan dipertimbangkan untuk disiarkan dalam majalah terbitan DBP atau dalam bentuk buku sebagai karya kompilasi.
  11. Pemenang juga berpeluang mengikuti kursus penulisan anjuran DBP.

Hadiah Sayembara SajakTARIKH TUTUP PENYERTAAN
31 JULAI 2015

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Teacher PMS Target (Malay Version)

Previous article

Majlis Khatam Al-Quran

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *