26 Jul 2014, 09:00pm by Rodhiah Abu Yazid

Program Sekolah Amanah, hasil kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia, Khazanah Nasional Berhad dan Yayasan Amir, nyata berkesan, dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum pelajar. Inisiatif sektor awam dan swasta itu mampu menghasilkan bakat baru yang berkemahiran tinggi dan berkepimpinan, serta menyediakan persekitaran pembelajaran menarik.Laporan khas malam ini menyingkap kejayaan program Sekolah Amanah yang dimulakan pada tahun 2011.

Setakat ini terdapat 30 buah Sekolah Amanah di seluruh negara. Kebebasan mengurus dan membuat keputusan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan kepada pentadbir Sekolah Amanah, nyata menggalakkan inovasi dan responsif terhadap keperluan sekolah serta pelajar.

Ia turut membolehkan pengurusan sekolah mengatur jadual pembelajaran lebih menarik dan efektif, sekali gus menyerlahkan potensi sebenar pelajar dalam semua bidang. Transformasi yang dibuat dalam proses pengajaran dan pembelajaran turut memberi kesan kepada kejayaan kokurikulum pelajar.

Kini apa yang diharapkan Sekolah Amanah mampu menjadi titik perubahan kepada sistem pendidikan negara, serta berupaya melahirkan modal insan yang mantap. Antaranya usaha Sekolah Kebangsaan Desa Pandan dalam memupuk semangat kepimpinan di kalangan pelajar, dapat dilihat melalui pelancaran program Little Ambassador. Program ini memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk berdikari selain mengasah kemahiran menjadi pemimpin.

See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/tajuk_utama_2_1406361473.html#sthash.p5PjD02K.dpuf

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Hari Raya Aidilfitri 2014

Previous article

Penarafan SSQS 2014

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

1 comment

  1. sebab gembira medapat kwn yng baik dan mendpt ilmu pengajrn kpd guru-guru yng sya sayangi> SEKIAN TERIMA KASIH<

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *