SKDP Fun Run 2016

Pelaksanaan Hari Sukan Negara akan diadakan pada hari Sabtu minggu pertama bulan Oktober setiap tahun. Hari Sukan Negara ini juga merupakan hari persekolahan dan kehadiran murid akan direkodkan. Semua guru, ibu bapa dan murid-murid digalakkan untuk menyertai SKDP Fun Run ini sebagai tanda sokongan kepada gaya hidup sihat. Aktiviti gotong-royong pada hari tersebut pula merupakan aktiviti susulan daripada aktiviti larian.

Tarikh         :  8 Oktober 2016
Masa          :  7.30 pagi hingga 11.30 tengah hari
Tempat      :   Sekolah Kebangsaan Desa Pandan
Kategori     : Kanak-Kanak (1.5KM) – Terbuka (3KM)

Maklumat Program

  1. Semua Warganegara Malaysia dijemput menyertai program SKDP Fun Run.
  2. Bagi penyertaan kategori kanak-kanak, peserta perlu menyerahkan borang kebenaran ibu bapa atau penjaga, selewat-lewatnya 30 minit sebelum waktu larian dimulakan.
  3. Semua Walk-in Registration perlu didaftarkan sebelum 30 minit sebelum waktu larian dimulakan.
  4. 80 peserta terawal tiba di garisan penamat akan dihadiahkan medal penamat (Finisher Medal).
  5. Peserta perlulah bebas daripada sebarang penyakit yang berisiko.

peta-fun-run-kids-1 peta-fun-run-open-1

 

Loading Facebook Comments ...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *