Assalamualaikum & Salam Sejahtera Cikgu-cikgu.
Semoga semua sihat walafiat.
 
Memandangkan Program Sekolah Amanah kini sudah berada pada tahun yang keenam, sudah tiba masanya untuk kita mendokumentasikan kisah-kisah inspirasi yang memaparkan kejayaan Program Sekolah Amanah. Oleh yang demikian, buat pertama kalinya Yayasan AMIR akan menerbitkan sebuah buku Coffee Table Book yang dikenali sebagai Suara Hati Sekolah Amanah.
 
Kami berhasrat untuk melengkapkan edisi pertama buku ini selewat-lewatnya pada hujung bulan Mac 2017 dengan paparan sebanyak 25 hasil nukilan yang terpilih. Oleh yang demikian, kami ingin memohon kerjasama daripada Cikgu-Cikgu untuk mendapatkan hasil dapatan bagi kisah-kisah inspirasi yang ada di sekolah atau komuniti masing-masing. Semua cerita hendaklah berhubungkait dengan bagaimana Program Sekolah Amanah telah menyumbang terhadap perubahan atau kejayaan sama ada kepada Guru Pentadbir Sekolah, Guru-Guru, Pelajar, Ibubapa, AT & MidLed dan Pihak Komuniti. Kami hanya memerlukan ringkasan cerita dimana selepas kami senarai pendekkan cerita-cerita yang akan dipaparkan, kami akan menemuduga pihak yang terbabit.
 

Ringkasan cerita bolehlah dihantar kepada Suzana di email suzanna@yayasanamir.org. my, di talian 019 2349696 atau kepada Pegawai Yayasan AMIR untuk sekolah masing-masing. Kami amat berharap agar mendapat ringkasan cerita selewat-lewatnya pada 23hb Feb 2017 (Rabu).  Segala kerjasama dan perhatian Cikgu-cikgu untuk perkara ini amatlah kami hargai.

Terima kasih Cikgu-cikgu Semua!!! Wassalamualaikum.

 
Azlina 
Yayasan AMIR
Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Festival Catur Putrajaya 2017

Previous article

Dokumen Pengurusan Unit Kokurikulum 2017

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Pengumuman