Pada hari Khamis 3 Januari 2019, murid-murid berkumpul di dewan Seri Budiman untuk mendengar taklimat tentang merit demerit. YM Raja Mohd Sidqi Bin Raja Lope Ahmad sebagai ketua guru disiplin telah memberi taklimat kepada semua pelajar tentang penguatkuasaan Sistem Merit-Demerit untuk merekod kesalahan (demerit) dan sumbangan (merit) murid.

Setiap perlanggaran disiplin ada markahnya, begitu juga dengan sumbangan. Pada awal tahun setiap murid dianugerahkan 100 markah yang perlu dijaga sepanjang tahun. Murid yang melakukan perlanggaran disiplin markahnya akan berkurangan dan sekiranya mereka memberi sumbangan markahnya akan bertambah.

Setiap murid yang markah demeritnya telah berkurangan sehingga 10 akan diambil tindakan menghantar surat makluman kepada ibu bapa. Murid ini juga boleh dikenakan tindakan dari pihak pentadbir iaitu Guru Besar. Taklimat ini diakhiri dengan bacaan ikrar disiplin yang di ketuai oleh Imran Hadif dari kelas 6 Zamrud.

Bengkel Perancangan Strategik Bil.2

Previous article

Selamat Datang dan Selamat Pulang 2019

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *