The World’s Largest Lesson (WLL) merupakan salah satu inisiatif di bawah Project Everyone yang mendapat mandat dan sokongan daripada PBB. WLL adalah salah satu platform bagi memperkenalkan 17 matlamat ini kepada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia terutama dalam pendidikan.   Sebanyak 24 modul pengajaran WLL yang dirangka oleh guru-guru di serata dunia telah dimuat naik di internet.

FrogAsia juga telah memuat naik bahan informasi berkaitan The Global Goals atau SDGs dalam bentuk animasi komik berjudul Heroes for Change di laman Frog Store bermula 28 September 2015. Murid-murid boleh memuat turun komik ini menerusi akaun Frog VLE masing-masing  untuk dibaca dan dimanfaatkan.

Para guru dan murid digalakkan untuk menggunakan Frog VLE bagi tujuan memuat turun bahan ini dan berkongsi informasi berkaitan WLL. Menerusi Frog VLE, pengajaran dan pembelajaran WLL akan menjad lebih kreatif, efektif dan menyeronokkan dengan menggunakan fungsi-fungsi interaktif yang telah disediakan.

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Cuti Pertengahan Penggal Kedua Persekolahan

Previous article

Penutupan Sekolah Akibat Jerebu Bil.2/2015

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Kurikulum