We Believe We Can Fly Higher’ ialah tema bagi Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang 2016 anjuran Yayasan Pendidikan Titiwangsa(YPT) kali ke-12 yang diadakan di Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa pada 19 April 2016.

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Seri Khairil Awang, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hajah Foziah Buang, Pengerusi YPT, Datuk Astamam Abdul Aziz, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan ramai lagi tokoh-tokoh lain yang menyokong kecemerlangan bidang pendidikan negara.

Sekolah Kebangsaan Desa Pandan juga telah menghantar 20 orang wakil murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini untuk menyaksikan penyampaian anugerah ini. Diharapkan agar program seumpama ini mampu menjadi pembakar semangat anak-anak untuk lebih cemerlang dan berjaya.

 

Kongsikan bersama rakan:
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Email this to someone
email

Panduan Permohonan Cuti Tanpa Rekod

Previous article

Majlis Perasmian Frogland

Next article

You may also like

Loading Facebook Comments ...

Comments

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Kurikulum