Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Desa Pandan telah terpilih untuk menyertai Program Bimbingan Seni Budaya (SILAT) anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKNWPKL). Penyertaan ini terbuka kepada semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6 dan penyertaan adalah PERCUMA.
Murid-murid akan dilatih oleh tenaga pengajar profesional yang didatangkan dari JKKNWPKL. Program ini akan dilaksanakan selama 2 tahun dan akan diberikan sijil peringkat kebangsaan bagi yang layak dan memenuhi kriteria termasuk kehadiran penuh dan disiplin yang tinggi.
Sehubungan dengan itu, latihan SILAT akan bermula pada ketetapan di bawah:
Hari : SABTU
Tarikh : 13 MEI 2017
Masa : 10:30 – 12:30 Petang
Tempat : Kantin
Pakaian : Pakaian sukan, kasut sukan / kasut sekolah
Hari : AHAD
Tarikh : 14 MEI 2017
Masa : 03:00 – 06:00 Petang
Tempat : Kantin
Pakaian : Pakaian sukan, kasut sukan / kasut sekolah
Makan dan minum sepanjang program tidak disediakan. Oleh itu, mohon jasa baik ibu bapa menyediakan selengkapnya keperluan anak-anak untuk menghadiri program ini. Jadual latihan bagi sesi seterusnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus dengan guru penyelaras, Puan Siti Noor Hidayahti binti Rohani.
Terima kasih Cikgu Ayu….mantoooppp
Sama-sama. 😀