English Week: Around the World in 5 Days
Program Minggu Bahasa Inggeris ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sama ada dalam bentuk bertulis mahupun secara lisan. Diharapkan juga melalui program ini, murid akan lebih menguasai Bahasa Inggeris seterusnya dapat membantu mereka untuk meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam Bahasa Inggeris dan menyediakan mereka menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar seiring era globalisasi.
Tema: “Around the World in 5 Days”
Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk menyebar dan memupuk minat murid terhadap Bahasa Inggeris ke arah meningkatkan kecemerlangan pendidikan sekolah dalam kalangan murid SK Desa Pandan.