Student Voice Group SKDP
Pengenalan
Kumpulan Suara Pelajar (Student Voice Group – SVG) membolehkan murid menyuarakan kesungguhan, pendapat dan minat mereka. Melalui peranan ‘guide on the side’ (pembimbing di sisi) murid akan dibimbing untuk menyelesaikan masalah, berfikir secara kritikal dan memindah/menggunakan pengetahuan dari sekolah ke situasi kehidupan sebenar. Program SVG ini akan menjadikan murid lebih bertanggungjawab, berkeyakinan dan mempunyai jati diri. Ia juga menggalakkan manfaat pembelajaran berfokus, kerjasama berkumpulan dan kolaborasi.
Manfaat Kumpulan Suara Pelajar (SVG)
- Kumpulan Suara Pelajar (SVG) dapat memberikan murid peluang untuk mengetahui dan mempelajari pelbagai perkara melalui tugasan serta aktiviti berasaskan projek berdasarkan kepada kesungguhan, idea dan minat mereka.