Seramai 10 orang ahli Pengakap Kanak-Kanak SK Desa Pandan telah menyertai Program World 60th Jota 21st Joti #9M4S dengan diiringi seorang penolong pemimpin. Program ini berlangsung dengan ketetapan berikut:
Tarikh : 21 Oktober 2017
Masa : 7.30 Pagi – 6.30 Petang
Tempat : SK Bukit Bandaraya
Pengurus : Cik Norhada binti Hamidun
Pengiring : Cik Nur Idayu Mat Jusoff
Melalui program ini, semua ahli telah memperolehi banyak ilmu kepengakapan, di samping dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dan membina rangkaian kenalan yang baharu. Melalui 10 pengkalan yang telah dilengkapkan tugasannya, ahli-ahli ini bukan sahaja dapat berhubung menggunakan radio amatur dan internet sahaja untuk berhubung dengan dunia luar. Namun, mereka juga didedahkan dengan ilmu elektronik dan dibekalkan satu bahan elektronik untuk dijadikan cenderamata dan kenang-kenangan.
- Album Jota Joti 2017
- Aktiviti Jota Joti 2017
- Sumber: Album aktiviti Jota Joti 2017
Comments